Monday, 13 October 2014
Little Things
Your hand fits in mine
Like it's made just for me
But bear this in mind
It was meant to be
And I'm joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me
I know you've never loved
The crinkles by your eyes
When you smile
You've never loved
Your stomach or your thighs,
The dimples in your back at the bottom of your spine
But I'll love them endlessly
I won't let these little things slip out of my mouth
But if I do
It's you
Oh, it's you they add up to
I'm in love with you
And all these little things
You can't go to bed without a cup of tea
And maybe that's the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that I keep
Though it makes no sense to me
I know you've never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you're perfect to me
I won't let these little things slip out of my mouth
But if it's true
It's you,
It's you they add up to
I'm in love with you
And all these little things
You'll never love yourself half as much as I love you
And you'll never treat yourself right, darling, but I want you to.
If I let you know I'm here for you
Maybe you'll love yourself like I love you, oh.
And I've just let these little things slip out of my mouth
'Cause it's you,
Oh, it's you,
It's you they add up to
And I'm in love with you
And all these little things
I won't let these little things slip out of my mouth
But if it's true
It's you,
It's you they add up to
I'm in love with you
And all your little things
i'm in loveee.
love u so muchhhh.
thanks for the song.
#mohamadzuhairi
Monday, 29 September 2014
Lirik lagu ME AND MY BROKEN HEART
All I need’s a little love in the dark
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
I need a little loving tonight
Hold me so I’m not falling apart
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
Yeah…
Shot gun, aimed at my heart, you got one
Tear me apart and then some
How do we call this love
I try to run away but your eyes
Tell me to stay oh why
Why do we call this love
It seems like we’ve been losing control
Somebody tell me I’m not alone when I say
All I need’s a little love in my life
All I need’s a little love in the dark
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
I need a little loving tonight
Hold me so I’m not falling apart
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
Maybe some part of you just hates me
You pick me up and play me
How do we call this love?
One time tell me you need me tonight
To make it easy, you lie
And say it’s all for love
It seems like we’ve been losing control
Somebody tell me I’m not alone
When I say
All I need’s a little love in my life
All I need’s a little love in the dark
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
I need a little loving tonight
Hold me so I’m not falling apart
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
Me and my broken
Yeah, yeah, yeah
Me and my broken
Yeah, yeah, yeah
How do we call this
It’s just me
It’s just me
It’s just me
Me and my broken heart
All I need’s a little love in my life
All I need’s a little love in the dark
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
I need a little loving tonight
Hold me so I’m not falling apart
A little but I’m hoping it might kick start
Me and my broken heart
Lirik lagu ALL OF ME
You’ve got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind, I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright
My head’s under water but I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind
‘Cause all of me, loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me, I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh
How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every mood
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you
My head’s under water but I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind
‘Cause all of me loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh
Give me all of you
Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard
‘Cause all of me loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all of me
And you give me all of you, oh
Sunday, 28 September 2014
Lari2 aku....
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi.. kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri
Bila dengar lagu tu sedih sebak semua datang serbu sekelip mata. Tak tertahan air mata ni.
Hmmm syg sebenarnya syg sngt. Tapi mngkin sbb dh tak kuat nak tahan semua ni lagi so terpaksa luahkan.
tak tau nk luah kat mana and rasanya kat sini paling selamat. Orangnya x pernah buka blog ni.
cukuplah, meski masih ada yg terpendam, insyaAllah pasti pulih lpas ni.
Thursday, 17 July 2014
Boleh ke ada crush ??
Bismillah ..
BOLEH KE ADA CRUSH??
Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:
“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”
“Rindunya crush saya….”
Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:
“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”
Lalu di jawab:
“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”
Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama?Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.
Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.
CRUSH TU APA?
Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:
“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”
Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.
Kenapa pulak dosa?!
Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?
Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.
Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.
CINTA YANG ALLAH REDHA?
Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?
“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)
Lihat?Cuba highlightkan ayat:
“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”
Cinta sebeginilah yang Allah redha!
Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?
Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!
KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?
Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:
“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)
So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?
Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…
Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.
Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialahusaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin. Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!
Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta.
Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.
Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.
Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.
NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH
Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.
PERTAMA:
Jami’ bin Mahuih bertanya:
“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”
Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:
“Ianya tercela...”
Lepas tu Said berkata:
“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”
KEDUA:
Imam Alghazali cakap:
“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”
Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!
KETIGA:
“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)
“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)
“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)
“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)
KEEMPAT:
Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:
“Kenapa laki ni mati?”
Maka orang ramai menjawab:
“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”
Maka Ibn Abbas berkata:
“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”
Seorang penyair menyebut:
“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”
****
Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!
BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG
Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.
Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!
Lalu, perisik tu pun tanya:
“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu pemuda tu jawab:
“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”
Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam.Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!
Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!
Lalu, perisik tu pun tanya:
“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”
Lalu pemuda tu jawab:
“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”
Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam,kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.
Akhirnya, islam kalah!!!
Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!
Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?
Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?
Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.
Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.
Wallahua’lam.
#CopyPaste
Kpd ibu bapa . Sila ambil berat.
Dalam artikel ini izinkan saya berkongsi pengalaman seorang hamba Allah yang dikurniakan Allah anak sulung yang manja dan berpenyakit. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur beliau di atas segala nikmat yang diberikan-Nya.
*******************
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati, sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”.
Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
Hati
Jantung
Paru-paru
Perut
Hempedal
Buah pinggang
Jantung
Buah pinggang
Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad s.a.w?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu
masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot.
Dia semakin sangat mudah letih. Dia hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini pula semakin maju, maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujuk kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak.
Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.
Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu Talesemia.
Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penj
elasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.
Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
Satu perkara lain selain masalah-masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.
Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius.
Waktu itu saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.
Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia)
sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama.
Arwah guru saya menasihati agar :
Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
Elakkan makanan rapu seperti coklat, mee maggi, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya.
Elakkan minuman bergas.
Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah.
Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
Makan buah delima.
Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.
Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu Ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.
Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia.
Ampunilah dosa ku Ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah). Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.
Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka
juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.
Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.
#CopyPaste
Monday, 13 January 2014
Aidul milad ya Rasulallah .
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya.
We ♥♥♥ Rasulullah Jumpa di JannahNya :'(
InshaAllah