Friday, 2 December 2011

Batas2 dalam BERSOLEK (tabarruj)

Tabarruj : jika wanita tidak menyembunyikan kecantikan wajah & bentuk tubuhnya serta ia beranggapan hal itu baik utk dipamerkan , dngn maksud utk menimbulkan ghairah seksual kpd kaum adam .

Tabarruj (menghias diri) secara berlebihan , hukumnya haram kerana ia termasuk dlm kategori mengubah hikmah kejadian ALLAH , atau lebih tepat lg , tidak mensyukuri kurniaan ALLAH .



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya :
ALLAH mengutuk wanita yg bertatu atau minta ditatu , wanita yg mencukur alis dan mereka yg minta dicukur alisnya , wanita yg membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yg mengubah ciptaan ALLAH .
Riwayat ibnu mas'ud.

Contohnya disini ialah memakai alat solek atau barang2 kemas secara berlebihan utk tujuan kecantikan sehingga menarik perhatian ramai orang terhadapnya .



Tidak salah utk kita bertabarruj tapi yg penting bergantung kpd niat . Contohnya tabarruj utk suami yakni dimana lelaki2 lain tdk melihat kecantikan & perhiasannya .


firman ALLAH swt :
Dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya org2 jahiliyyah terdahulu .
(surah al-ahzab :23)

Daripada sunan Baihaqi pula :
Wanita yg paling buruk ialah wanita yg meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj , bebas tanpa hijab . Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga .





0 comments:

Post a Comment